Buletin
Perlancaran MBO The Starling meriah!


Tarikh disiarkan: 12 Julai 2017


Ketika pelancaran MBO The Starling berlangsung semalam.

12 Jul – MBO Cinemas telah melancarkan cawangan terbaru mereka di The Starling, Damansara Uptown dengan meriah sekali bertemakan MBO Stellar Night.

Pelancaran itu berlangsung semalam di lokasi baru itu dihadiri oleh pemain-pemain utama industri hiburan, yang mana terdiri daripada pembikin filem, pelakon, penyanyi dan juga bintang laman sosial.

Acara karpet merah sepanjang Somerset sehingga The Starling menyaksikan kedatangan bintang-bintang dialu-alukan oleh pengacara majlis Serena C yang menemubual mereka sebelum mereka diminta untuk ke ruang parti iaitu di MBO The Starling.


Tetamu yang hadir di MBO Stellar Night.


Chelsea Ng mencuba 360 Glam Cam di parti.


Pelakon utama "Shuttle Life" Jack Tan dan pengarah Tang Seng Kiat ditemubual oleh Serena C
ketika di karpet merah.


Azura Zainal dan suami, Ibrahim Cristiano Da Silva merupakan antara bintang yang hadir di karpet merah.

"Kami membina MBO Starling dengan niat untuk mengubah industri sinematik yang ada ketika ini," ujar Ketua Pegawai Eksekutif MBO, Mr. Lim Eng Hee.

"Kami mahu mencipta sinema yang mampu memberikan pengalaman hebat dan holistik berbanding apa yang penonton disajikan sejak sedekad yang lalu."

Cawangan terbaru ini mempunyai 10 dewan, yang mana empat darinya adalah dewan konsep: MBO Kecil, Premier, MBO Big Screen dan MX4D yang pertama di Malaysia.

Ia telah dibuka kepada orang ramai sejak awal April lalu, memberi peluang kepada peminat untuk mencuba variasi konsep dewan yang ditawarkan.


Dinding tandatangan.


Dinding yang ditandatangani oleh beberapa bintang.


Menarik! Pencuci mulut ini juga mempunyai logo MBO!


Bolehkah anda mengecam Patricia K di pentas?

Dengan Patricia K dan Joey G mengacara parti, MBO Stellar Night menjadi malam yang paling diingati. Selain parti, para tetamu jemputan juga dibawa untuk menonton filem "War For The Planet Of The Apes" di dewan konsep, diikuti dengan 'after party' yang menampilkan DJ Tiana.

MBO Cinemas kini beroperasi di 27 lokasi di seluruh negara. Tahun ini rangkaian sinema ini menyasarkan jumlah 30 lokasi dengan 232 skrin.

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan: