Buletin
Remy Ishak tolak tawaran berlakon kerana Maya Karin


Tarikh disiarkan: 28 September 2017


Remy Ishak lega kerana dia tidak perlu untuk berlatih silat untuk jayakan teater bangsawan ini.

28 Sep – Pelakon Remy Ishak mendedahkan dia sanggup menolak tiga tawaran berlakon semata-mata untuk bergandingan dengan aktres jelita Maya Karin dalam pementasan Teater Bangsawan Tun Fatimah yang bakal dipentaskan pada 20 hingga 21 Oktober depan di Panggung Bangsawan Melaka.

"Terus terang saya katakan di sini bahawa saya jarang benar dapat naskhah seperti Tun Fatimah ini dalam drama atau filem.

"Peluang ini datang dan saya menerimanya juga kerana ramai peminat di luar sana yang mahu melihat gandingan saya dan Maya yang dikatakan serasi," ujarnya yang dipetik dari Utusan Online.


Tambah Remy lagi, dia bangga sebagai anak kelahiran Melaku dapat menjayakan watak sebagai Sultan dalam teater bangsawan itu yang diadakan sempena sambutan ulang tahun Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang ke-79.

Dalam pada itu, pelakon "Pilot Café" ini berkata teater bangsawa ini menampilkan konsep kepahlawanan dan sejarah pasti akan memberikan kepuasan kepada penonton.

Teater Bangsawan Tun Fatimah mengangkat wanita zaman Melaka di bawah Bendahara Tun Mutakhir sebagai srikandi.

Sementara itu, Remy berasa lega apabila lakonannya dalam teater bangsawan ini tidak memerlukan dia bersilat berikutan yang Sultan yang dibawanya.

(Sumber foto: Remy Ishak Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Bravo 5 (Melayu) (10 September 2015)
Pilot Cafe (Melayu) (30 April 2015)
Redha (KKIFF) (Melayu) (22 Julai 2017)





Ticket Pricing Guide