Buletin
Rosyam Nor akui berasa tekanan bawa watak Misbun Sidek


Tarikh disiarkan: 24 November 2017


Datuk Rosyam Nor tak bimbang dengan kritikan orang terhadap lakonannya dalam "Lee Chong Wei".

24 Nov – Pelakon tersohor tanah air, Datuk Rosyam Nor akui berasa sedikit tekanan untuk menjayakan watak jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek dalam filem terbarunya berjudul "Lee Chong Wei".

Rosyam berkata demikian kerana tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Misbun untuk mengetahui keperibadian bekas jaguh badminton itu.

"Memang ada tekanan sebab tidak dapat berjumpa dia sendiri. Namun, itulah sebenarnya cabaran besar untuk saya. Bagaimanapun, saya ada berhubung dengannya menerusi WhatsApp untuk meminta restunya.


"Setiap manusia mempunyai persamaan emosi dan emosi itulah yang saya cuba keluarkan dalam watak Misbun. Saya berharap beliau dan peminat bersetuju dengan cara interpretasi saya untuk watak itu," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Pelakon "KL Gangster 2" ini bagaimanapun tidak bimbang dengan kritikan orang terhadap lakonannya mengenai cara pergerakan Misbun kerana baginya ia tidak sepenting seperti emosi.

Apa yang menjadi keutamaannya adalah bagi memastikan watak yang dilakonkan berjaya disampaikan dengan baik.

Dalam perkembangan lain, Rosyam memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran "Motif" arahan Nadia Hamzah, dan akan kembali masuk ke set penggambaran pada Januari tahun 2018 untuk sebuah filem seram arahan Syafiq Yusof.

Selain itu, Rosyam juga sedang menunggu filem aksi terbarunya ditayangkan di pawagam iaitu "KL Special Force".

(Sumber foto: Media Penmerah)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
KL Gangster 2 (Melayu) (3 Oktober 2013)
Balistik (Melayu) (9 Januari 2014)
Kabali (Tamil) (22 Julai 2016)





Ticket Pricing Guide