Sam masuk set penggambaran "Polis Evo 2" lepas raya | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sam masuk set penggambaran "Polis Evo 2" lepas raya

Penulis: Ashraf Nasser


Sam turut menemani isterinya berpantang.

26 Mei – Pelakon Shaheizy Sam memberitahu dirinya kini sedang giat membuat persediaan rapi sebelum masuk ke set penggambaran filem terbarunya berjudul "Polis Evo 2" yang dijangka akan berlangsung selepas sambutan Hari Raya ini.

Filem terbaru ini adalah sekuel dari filem "Polis Evo" yang ditayangkan pada tahun 2015, di mana ia telah mencetuskan fenomena apabila berjaya mengutip lebih RM17 juta ketika ditayangkan di pawagam.

Selain itu, Shaheizy atau lebih mesra dengan panggilan, Sam, turut memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem televisyen arahan pengarah tersohor Ghaz Abu Bakar.

Dalam pada itu, Sam yang baru sahaja menimang cahaya mata pertamanya dengan isteri Syatilla Melvin berkata mereka masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya.

"Rasanya, belum tiba masa untuk saya umumkan namanya selepas mendengar nasihat orang tua-tua. InsyaAllah apabila tiba masa sesuai saya akan beritahu.

"Tetapi apa yang boleh saya dedahkan adalah saya mengekalkan 'Sam' seperti mana nama saya," ujarnya yang dipetik dari mStar.

Bercerita lanjut mengenai isterinya yang sedang berpantang, Sam berkata Syatilla kini berpantang di sebuah pusat berpantang dan bukannya berpantang di rumah.

Ini kerana munurut pelakon berusia 35 tahun itu, dia memasukkan isterinya ke pusat tersebut bagi memastikan isteri dan anaknya dijaga dengan baik.

Selain itu, pusat tersebut mempunyai jururawat yang bagus, sekaligus mengurangkan kebimbangannya setiap kali keluar bekerja.

Bukan isterinya sahaja tinggal di sana, malah Sam turut berkampung menemani Syatilla sehingga habis pantang.

(Sumber foto: Shaheizy Sam Instagram)

Cinema Online, 26 Mei 2017

Filem Berkaitan:
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)
Kisah Paling Gengster (Malay) (21 Nov 2013)
Adnan Sempit Sawadikap (Malay) (07 Aug 2014)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan