Buletin
Syafiq Yusof pertimbang filem ketiga "Abang Long Fadil"


Tarikh disiarkan: 11 Ogos 2017


Barisan pelakon "Abang Long Fadil 2" bersama pengarah dan penerbit
Astro Shaw dan Skop Production.

11 Ogos – Pengarah filem muda berbakat besar Syafiq Yusof memberitahu buat masa ini dia masih lagi belum dapat memastikan samada dia bakal menghasilkan filem ketiga dari francais "Abang Long Fadil".

Ini kerana Syafiq berkata ia bergantung kepada sambutan yang bakal diterimanya apabila filem sekuel "Abang Long Fadil 2" ditayangkan di pawagam kelak.

"Buat masa ini saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai filem ketiga "Abang Long Fadil" kerana kita kena tengok dahulu sambutan daripada penonton sebelum saya boleh dedahkan akan ada sambungan atau tidak," ujarnya yang ditemui selepas majlis tayangan perdana filem "Abang Long Fadil 2" di GSC Pavilion, KL semalam.

Ditanya samada dia berasa tertekan atau tidak menanti respon penonton memandangkan filem pertamanya mendapat sambutan hangat daripada penonton, anak kepada pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam ini tenang menjawab, "tidak", kerana jalan cerita yang ditampilkan berbeza.

"Untuk filem terbaru ini saya tampilkan plot cerita yang berbeza dari filem pertama dengan hanya mengekalkan Zizan Razak sebagai pelakon asal dan lain semuanya pelakon baru dan juga jalan cerita baru."


Syafiq Yusof tak sabar tunggu respon penonton.

Dalam filem terbaru ini, ia berkisarkan mengenai perjalanan hidup Fadil yang terjebak ke dalam dunia mafia dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh.

Sementara itu, Syafiq turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak Astro Shaw yang buat pertama kalinya berkolaborasi dengan Skop Production untuk menghasilkan filem "Abang Long Fadil 2".

Selain Zizan, filem yang akan ditayangkan pada 24 Ogos ini turut dibintangi pelakon lain seperti Wak Doyok, A Galak, Tania Hudson, Achey, Shuib, Syamsul Yusof dan ramai lagi.

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide