Buletin
Festival Filem Thai datang ke Malaysia!


Tarikh disiarkan: 13 April 2017


(Kiri ke Kanan) Ms. Tan Gaik Lian (GSCinemas), Mr. Marcel Lariche (Cinema Online), H.E Mr. Damrong Kraikruan
(Duta di Kedutaan Diraja Thai) dan Ms. Nipa Nirannoot (Kaunselor Menteri di Kedutaan Diraja Thai)

13 Apr – Festival Filem Thai buat kali pertama akan datang ke Malaysia, yang mana ia akan berlangsung pada 20 hingga 26 April ini!

Lima filem popular Thai akan ditayangkan pada tarikh tersebut di GSCinemas terpilih iaitu GSC Pavilion Kuala Lumpur, GSC One Utama dan GSC Mid Valley.

Pilihan filem untuk Festival Filem Thai ini merangkumi pelbagai genre, termasuk genre popular di Thailand iaitu seram dan juga muzikal.

Antara filem paling paling dinanti-nantikan ketika festival ini adalah "Take Me Home", sebuah filem seram daripada Kongkiat Khomsiri yang dibintangi oleh Mario Maurer.


Siapa atau apa yang mengintai Mario Maurer dalam "Take Me Home"?

Jika anda ingin tonton filem komedi dengan 'twist' muzikal, jadi filem "A Gift" adalah untuk anda. Ia adalah sebuah naskhah omnibus oleh empat pengarah Thai yang mana filem tersebut juga mendapat kebenaran diraja untuk menampilkan muzik oleh mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.

Tiga buah filem lagi yang akan ditayangkan di festival tersebut adalah "One Day" filem drama romantik yang dibintangi oleh Chantavit Dhanasevi dan Nittha Jirayungyurn, "Mr. Hurt" filem komedi diterajui oleh Sunny Sunwanmethanon, Mashannoad Suvalmas dan Pongsatorn Jongwilak, dan filem "The Crown" sebuah drama arahan Ekachai Sirvijaya berkisarkan tentang tarian tradisional Nohra dari Selatan Thailand.

Kesemua filem Thai ini akan ditayangkan secara percuma! Dengan Cinema Online menjadi rakan media rasmi untuk Festival Filem Thai ini, anda boleh menebus dua tiket percuma seorang (sementara stok masih ada). Hanya tunjukkan artikel ini di kaunter-kaunter tiket di lokasi GSCinemas yang disebut di atas.

Festival Filem Thai kali pertama ini diadakan sebagai sambutan hubungan diplomatik ke-60 di antara Malaysia dan Thailand.

Untuk maklumat lanjut dan waktu tayangan kesemua filem yang ditayangkan di Festival Filem Thai, klik SINI.

Penulis: Naseem Randhawa

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide