Pengarah corak watak Tiz Zaqyah jadi Cameron Diaz Malaysia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Pengarah corak watak Tiz Zaqyah jadi Cameron Diaz Malaysia

Penulis: Farah Hanis


Tiz Zaqyah dipuji oleh pengarah berjaya galas watak sebagai gadis periang.

18 Sep – Selepas mencipta nama menerusi drama hit "Nur Kasih" pada tahun 2009, pelakon Tiz Zaqyah sering dilihat menggalas watak berat termasuklah dalam drama berisir "Soffiya" di mana dia membawa watak sebagai mangsa rogol, dan jadi banduan psiko dalam "Cermin Kasih".

Berikutan itu, pengarah filem Eyra Rahman mahu mengubah perspektif pelakon berusia 28 tahun itu dengan menampilkan sisi berbezanya dalam filem terbarunya "Kolestrol Vs Cinta", sekaligus mahu menjadikan Tiz sebagai Cameron Diaz Malaysia.

"Saya selalu melihat Tiz membawa watak berat dan jarang sekali dia bawa watak komedi atau watak seorang gadis periang.

"Jadi saya mahu tampil sisi berbezanya iaitu seperti Cameron Diaz Malaysia, dan dalam filem ini dia berjaya bawa watak itu dengan bagus sekali," ujarnya yang ditemui ketika majlis pratonton filem "Kolestrol Vs Cinta" di GSC Mid Valley baru-baru ini.


Barisan pelakon dan tenaga produksi "Kolestrol Vs Cinta".

Apabila ditanya mengenai pandangan pengarah terhadapnya, pelakon yang kali terakhir muncul di layar perak pada tahun 2012 berkata dia telah memberikan yang terbaik dan berharap ia mendapat reaksi positif daripada penonton.

"Kolestrol Vs Cinta" berkisarkan tentang Irfan, seorang CEO yang lebih meminati gadis 'berisi'. Minat Irfan mengecewakan Krisya yang merupakan seorang yang sangat menjaga kesihatan, namun demi cintanya dia sanggup meningkatkan berat badannya untuk memikat Irfan. Filem "Kolestrol Vs Cinta" turut dibintangi pelakon lain seperti Kamal Adli, Vicha Saywho, Ardell Aryana dan Anam Azizan.

Cinema Online, 18 Sept 2017

Filem Berkaitan:
Kolestrol Vs Cinta (Malay) (14 Sep 2017)
Cinta Kura-Kura (Malay) (01 Mar 2012)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan