Buletin
"Tombiruo: Penunggu Rimba" sudah kutip RM5 juta


Tarikh disiarkan: 23 Oktober 2017


"Tombiruo" masih mendapat sambutan biarpun terpaksa bersaing dengan filem antarabangsa lain.

23 Okt – Filem aksi "Tombiruo: Penunggu Rimba" terus cemerlang di pawagam apabila berjaya mengutip lebih RM5 juta sejak ditayangkan pada 12 Oktober lalu di seluruh negara.

"Alhamdulillah sambutan untuk filem ini amat memberangsangkan dan kami dari barisan penerbit memang bersyukur dengan sambutan daripada penonton Malaysia.

"Kami harap sokongan ini akan berterusan biarpun kami terpaksa berdepan cabaran apabila filem Hollywood iaitu "Thor: Ragnarok" akan mula ditayangkan," ujar Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar yang dipetik dari Sinar Harian.


Tambah Najwa lagi, dia berharap penonton akan terus memberikan sokongan kepada filem tempatan lebih-lebih lagi apabila mendapat ulasan yang baik di media-media sosial.

Dalam pada itu, dia berkata terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada tarikan penonton ke pawagam dan salah satunya adalah ia sebuah naskhah yang diadaptasi dari novel terlaris nukilan Ramlee Awang Murshid.

Antara faktor lain pula adalah kualiti produksi yang diterapkan supaya dapat memberi kelainan daripada filem-filem aksi tempatan lain, dan tidak lupa juga kepada barisan pelakon-pelakon hebat.

Filem ini berkisarkan tentang Ejim a.k.a Tombiruo yang merupakan seorang yang mempunyai kuasa luar biasa dan memiliki wajah bukan manusia dalam misi membalas dendam selepas satu insiden berlaku yang telah menyebabkan bapa angkatnya terbunuh.

Ia dibintangi oleh Zul Ariffin, Farid Kamil, Faizal Hussein, Nabila Huda, Dato' M.Nasir, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan: