Zizan Razak belum boleh dedah projek di Indonesia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Zizan Razak belum boleh dedah projek di Indonesia

Penulis: Ashraf Nasser


Zizan Razak masih lagi sibuk dengan penggambaran filem "Polis Evo 2".

19 Dis – Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Zizan Razak bakal melebarkan sayapnya di negara seberang Indonesia apabila dia memberitahu dia akan terbang ke Jakarta dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai projek terbarunya.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak bagaimanapun tidak boleh mendedahkan butiran lanjut mengenai projek tersebut kerana ia masih lagi diperingkat awal.

Bercerita lanjut mengenai perancangan kerjaya seninya untuk tahun 2018, pelakon "Abang Long Fadil 2" ini berazam untuk terus meningkatkan kualiti kerjanya selain mahu cuba melakukan perkara yang belum pernah dilakukannya sebelum ini.

"Saya tidak sasar untuk menang anugerah, tetapi lebih kepada jaga kualiti kerja dan bekerja keras lagi kerana harapan peminat sangat tinggi," ujarnya yang dipetik dari mStar.

Tambahnya, sepanjang 10 tahun bergelar anak seni, dia telah banyak belajar bagaimana cara untuk membawa diri sebagai seorang artis yang dikenali lagi yang mana dia sentiasa menjaga reputasi dan disiplin kerja agar tidak tercalar dengan kontroversi.

"Pada saya mudah sahaja untuk nama tidak dikaitkan dengan kontroversi iaitu jangan cari pasal! Sebagai contoh kata tidak bercinta tetapi keluar bersama atau memuat naik gambar bersama di Instagram. Dalam bahasa mudahnya 'jangan meminta'! Kalau benar hendak bercinta sangat soroklah perhubungan itu."

Selain itu, Zizan juga sentiasa mengingatkan dirinya supaya tidak meninggi diri atau bongkak sebaliknya terus bersikap rendah diri supaya dapat kekal lama.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Zizan memberitahu dia kini masih lagi sibuk dengan penggambaran filem aksi terbarunya "Polis Evo 2" yang dijangka akan selesai pada awal tahun 2018.

(Sumber foto: Zizan Razak Instagram)

Cinema Online, 19 Dis 2017

Filem Berkaitan:
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)
Abang Long Fadil 2 (Malay) (24 Aug 2017)
KL Gangster (Malay) (09 Jun 2011)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan