Zizan Razak nafi bercinta dengan Mira Filzah | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Zizan Razak nafi bercinta dengan Mira Filzah

Penulis: Ashraf Nasser


Zizan Razak mula rapat dengan Mira Filzah selepas mereka bersama mengacara ABPBH tahun lalu.

7 Mei – Pelakon dan pelawak Zizan Razak tampil menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Mira Filzah.

Zizan bagaimanapun tidak menafikan bahawa ketika ini mereka rapat.

"Sebagai selebriti saya tidak boleh lari daripada andaian orang. Malah apa saja tanggapan peminat mengenai hubungan saya dengan mana-mana wanita, itu di luar kawalan saya.

"Sebelum ini saya berkawan rapat dengan beberapa artis, malah ada yang tidak rapat pun kami dianggap ada hubungan," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurut pelakon "Abang Long Fadil" ini, dia mula berkenalan dengan Mira ketika mereka sama-sama mengendalikan acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun lalu.

Sejak dari itu mereka berkawan rapat sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Zizan tidak menolak sekiranya Mira adalah ditakdirkan menjadi pasangannya.

Sementara itu, Mira pula menjelaskan bahawa hubungan mereka hanya sebagai kenalan artis sahaja biarpun ramai peminat yang mahu melihat mereka menjadi pasangan kekasih.

Dia menganggap apa yang berlaku sebagai trend apabila gandingan mereka dalam telefilem tampak serasi.

Mira pada masa sama berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT untuk menentukan siapakah pasangan hidupnya.

(Sumber foto: Zizan Razak Instagram)

Cinema Online, 07 Mei 2017

Filem Berkaitan:
Abang Long Fadil (Malay) (29 May 2014)
KL Gangster 2 (Malay) (03 Oct 2013)
Cicakman 3 (Malay) (12 Mar 2015)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan