Zizan Razak bakal berduet dengan idola Hatsune Miku | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Zizan Razak bakal berduet dengan idola Hatsune Miku

Penulis: Erny Suzira



22 Sep – Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Zizan Razak bakal berduet dengan idola maya terkenal Jepun, Hatsune Miku dalam sebuah konsert yang akan diadakan pada hujung tahun ini yang mana mereka akan berduet lagu "Chentaku".

"Saya berasa sangat bersyukur kepada Astro dan Crypton Media menganjurkan konsert ini. Ia adalah peluang peminat antarabangsa Hatsune Miku untuk mengenali saya," ujarnya.

"Saya juga gembira dengan pengumuman Hatsune Miku akan menyanyi lagu saya "Chentaku" dan ia pasti malam itu akan menjadi hebat," katanya yang ditemui pada sidang media Miku Expo semalam.



Dengan persembahan duet ini, ia akan menyaksikan Miku menyanyi dalam bahasa Melayu buat pertama kali.

Sementara itu, Zizan turut mengesahkan dia akan menyanyi dua buah lagu pembukaan sebelum duet bersama Miku.

Selain Zizan, konsert akan di meriahkan lagi oleh penyanyi Thai-British Chaleeda Gilbert yang bakal menyanyikan dua buah lagu "Ready for Love" bersama rapper Dandee dan lagu terbaru "Mind Over Matter".



Konsert yang diadakan bersempena ulang tahun ke-10 Hatsune Miku di Jepun bakal berlangsung pada 16 Disember 2017 di Axiata Arena.

Tiket-tiket boleh beli dengan harga RM169, RM269, RM339 dan RM439 menerusi myticket.asia bermula 8 Oktober.

Cinema Online, 22 Sept 2017

Filem Berkaitan:
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)
Abang Long Fadil 2 (Malay) (24 Aug 2017)
KL Gangster 2 (Malay) (03 Oct 2013)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan