Zizan Razak tercedera ketika penggambaran "Polis Evo 2" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Zizan Razak tercedera ketika penggambaran "Polis Evo 2"

Penulis: Ashraf Nasser


Zizan Razak muat naik gambar ketika sedang mendapat rawatan di set penggambaran.

21 Nov – Pelakon popular Zizan Razak telah mengalami kecederaan ketika sedang menjalani penggambaran filem aksi terbarunya "Polis Evo 2" petang semalam.

Berita mengenai kecederaan itu dikongsi di laman social Instagram milik Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak.

Dalam posting tersebut, Zizan telah memuat naik beberapa keping gambar berserta kapsyen bersama hastag #kitaok seolah-olah memberi bayangan kecederaan yang dialaminya tidak serius.

Berikutan kecederaan itu, Zizan turut meminta orang ramai supaya menyokong filem tempatan dengan tidak membeli filem cetak rompak.

"Jadi, nasihat Zizan kepada semua tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi-curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem.

"Harini Zizan cedera dalam satu babak aksi. Doakan Zizan cepat sembuh," tulisnya.

Dalam filem sekuel arahan Joel Soh yang menggantikan Ghaz Abu Bakar ini, ia akan menyaksikan Zizan dan Shaheizy Sam bakal kembali menghidupkan watak masing-masing sebagai inspektor polis.

Selain itu, antara pelakon lain yang akan turut membintangi filem ini adalah Erra Fazira, Hairul Azreen dan pelakon Indonesia Raline Shah.

Terdahulu, filem pertama "Polis Evo" telah berjaya mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM17.47 juta apabila ia mula ditayangkan pada September 2015.

(Sumber foto: Zizan Razak Instagram)

Cinema Online, 21 Nov 2017

Filem Berkaitan:
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)
Abang Long Fadil 2 (Malay) (24 Aug 2017)
KL Gangster (Malay) (09 Jun 2011)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan