"One Two Jaga" tercalon di 12th Five Flavours Asians Film Festival | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"One Two Jaga" tercalon di 12th Five Flavours Asians Film Festival

Penulis: Ashraf Nasser


"One Two Jaga" terus banggakan nama negara di persada antarabangsa.

12 Sep – Walaupun filem "One Two Jaga" kurang mendapat sambutan di negara sendiri, namun filem arahan Namron ini terus mendapat perhatian dunia apabila ia tercalon dalam kategori utama, iaitu Filem Terbaik di 12th Five Flavours Asians Film Festival.

Festival filem yang akan berlangsung di Warsaw, Poland pada 14 hingga 21 November depan bakal menyaksikan "One Two Jaga" bersaing dengan sembilan buah filem terbaik dari Asia.

"Pastinya saya berasa gembira namun sejujurnya, ini bukanlah kali pertama "One Two Jaga" tercalon dalam festival filem luar negara, kerana sebelum ini pernah dicalonkan di New York Asian Film Festival, Itali dan Shanghai, China.

"Ini membuktikan penerimaan masyarakat luar yang menghargai filem kita dan peluang bersaing dengan sembilan lagi karya terbaik Asia adalah suatu penghormatan, kerana Five Flavours Asians Film Festival bukan anugerah picisan," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!.

Festival filem ini dianjurkan oleh Arteria Art Foundation dengan sokongan Warsaw City Council, Polish Film Institute, Kementerian Kebudayaan dan Warisan Nasional Poland, Yayasan Jepun, Hong Kong Economic Trade Office, Create HK, HK Film Development Fund dan Asia-Europe Foundation (ASEF).

Acara berprestij ini dianjurkan bagi menyokong pembangunan seni dan budaya menerusi apresiasi secara penjurian bagi filem kontemporari dari seluruh Asia dan Eropah.

Dalam pada itu, prestasi filem yang memaparkan mengenai korupsi yang berlaku dalam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini hanya berjaya mengutip RM200 ribu sahaja selepas seminggu tayangannya di Malaysia.

Cinema Online, 12 Sept 2018

Filem Berkaitan:
One Two Jaga (Malay) (06 Sep 2018)
Redha (KKIFF) (Malay) (22 Jul 2017)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan