Buletin
Bront Palarae kecewa kempen kumpul dana filem "Dawn Raid" gagal


Tarikh disiarkan: 8 Ogos 2018


Bront akan teruskan kempen kumpul dana sehingga menjelang sambutan Hari Kemerdekaan.

8 Ogos – Penerbit, pengarah dan pelakon Bront Palarae meluahkan rasa kecewanya apabila kempen untuk mengumpul dana bagi menerbitkan filem "Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen" tidak mendapat sokongan daripada orang ramai.

Kempen yang mensasarkan kutipan sebanyak RM2 juta hanya berjaya mengumpul sebanyak RM25,000 sahaja.

Menurut Bront, filem tersebut dijangka menelan belanja sekitar RM4.5 juta.

"Saya tidak tahu nak cakap apa sama ada kecewa atau sedih dengan sokongan dari orang ramai yang tidak seperti diharapkan.

"Namun, itulah maklum balas dari rakyat Malaysia membabitkan kempen terbabit," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, walaupun kecewa Bront berkata pihaknya tidak akan putus asa dan akan meneruskan kempen itu.


Kempen tersebut akan dilanjutkan sehingga menjelang sambutan Hari Kemerdekaan nanti.

Selain itu pihaknya juga turut meminta dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan berharap akan mendapat sokongan penuh.

Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, penggambaran filem tersebut dijangka akan dimulakan pada Januari tahun hadapan.

"Dawn Raid" diangkat dari kisah sebenar mengenai usaha Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, Bekas Gabenor Bank Negara, Tun Ismail Ali dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Datuk Seri Khalid Ibrahim untuk membeli asset milik negara United Kingdom.

(Sumber foto: Bront Palarae Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide