Buletin
Dain Said: Tiada babak dipotong dalam "Dukun"


Tarikh disiarkan: 5 April 2018


Pengarah Dain Said (tengah) bersama barisan pelakon "Dukun".

5 Apr – Selepas lebih sedekad diharamkan dari ditayangkan di Malaysia, filem arahan Dain Said berjudul "Dukun" akhirnya ditayangkan juga di pawagam buat kali pertama bermula hari ini, 5 April.

Walaupun terdapat beberapa spekulasi mengenai beberapa babak dikatakan telah dibuang dan disunting untuk hasil akhir, pengarah tampil menyangkal dakwaan itu.

"Tiada sebarang babak dipotong dari filem itu; ia hanyalah membabitkan sedutan audio.

"Saya ingin satu baris hilang daripada apa yang saya lihat tadi, yang mana saya rasa ia penting kepada filem ini," ujarnya yang ditemui pada tayangan perdana "Dukun" di KLCC semalam.


Timbalan Presiden Astro Shaw, Najwa Abu Bakar turut menjelaskan bahawa suntingan yang dilakukan terhadap filem ini hanyalah suntingan audio.

"Dukun" sepatutnya ditayangkan pada tahun 2007 tetapi ia telah diharamkan kerana isu sensitif dan plot yang menyentuh kes berprofil tinggi yang berlaku pada 1993.

"Saya bersyukur dan gembira bagi pihak barisan pelakon saya kerana ketika kami menjayakan filem ini, ia adalah waktu yang sangat mengujakan buat kami semua," tambahnya lagi.

Filem ini berkisarkan tentang seorang bapa yang terdesak yang membuat perjanjian dengan seorang individu yang disyaki sebagai pembunuh, Diana Dahlan, untuk membantunya mencari anaknya yang hilang, tetapi mendapat tahu rancangan jahat Diana.

Ia dibintangi oleh Datin Umie Aida, Faizal Hussein dan Namron sebagai peneraju.

Penulis: Dini Azri

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan:
Dukun (Melayu) (5 April 2018)