Buletin
"Dukun" lakar kejayaan, kutip lebih RM10 juta


Tarikh disiarkan: 26 April 2018


Salah satu babak dalam filem "Dukun".

26 Apr – Filem seram "Dukun" terus cemerlang apabila berjaya mengutip lebih RM10 juta selepas hampir empat minggu ditayangkan di pawagam.

Berita gembira itu diumumkan di laman sosial Facebook Astro Shaw sekaligus menjadikan filem arahan Dain Said ini kedua tertinggi di belakang filem " KL Special Force" arahan Syafiq Yusof yang berjaya mengutip lebih RM11 juta.

Terdahulu, filem yang sudah terperap lebih sedekad ini telah mencetuskan fenomena apabila berjaya mengutip RM6.2 juta selepas empat hari tayangannya.

"Dukun" yang sepatutnya ditayangkan pada Disember 2007, telah diharamkan dari ditayangkan di pawagam kerana dikatakan menyinggung perasaan keluarga mangsa berikutan filem ini diinspirasikan daripada kes pembunuhan berprofil tinggi Mona Fandey.

Ia dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Datin Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Bront Palarae, Elyana, Sofi Jikan dan Hasnul Rahmat.

Filem ini yang mula ditayangkan sejak 5 April lalu masih lagi ditayangkan sehingga ke hari ini.

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan:
Dukun (Melayu) (5 April 2018)