"Ejen Ali The Movie" temui penonton tahun depan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Ejen Ali The Movie" temui penonton tahun depan

Penulis: Ashraf Nasser


Ejen Ali berjaya menjadi salah satu siri animasi popular di Malaysia ketika ini.

9 Ogos – Tidak dapat dinafikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini industri animasi tempatan semakin berkembang pesat dan salah satu animasi baru yang pantas mencipta nama adalah animasi "Ejen Ali".

Animasi terbitan Wau Animation ini bukan sahaja mencipta kejayaan di dalam negara sendiri malah ia juga sudah berjaya menembusi di pasaran Asia Tenggara.

Selepas kejayaan demi kejayaan dicipta, siri animasi popular ini akhirnya bakal diangkat ke layar perak tidak lama ini yang diberi judul "Ejen Ali The Movie".

Filem animasi yang berkisarkan tentang ejen rahsia cilik ini dianggarkan akan menelan kos sebanyak RM5.5 juta yang mana ia akan menggunakan teknologi terbaru bagi meningkatkan kualiti animasi untuk format layar lebar.

"Kami sudah memulakan proses pengembangan idea "Ejen Ali The Movie" sejak tahun lalu dan berusaha bersungguh-sungguh bagi meneroka teknologi terkini.

"Kami harap gabungan perjanlanan cerita Ejen Ali yang paling beribadi setakat ini dan adegan penuh aksi akan memuaskan hati peminat setia serta turut memikat penonton baru ke dunia Ejen Ali," ujarnya Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid kepada Harian Metro.

"Ejen Ali The Movie" terbitan bersama Primeworks Studios ini dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada hujung tahun 2019.

(Sumber foto: Wikia Ejen Ali)

Cinema Online, 09 Ogos 2018

Filem Berkaitan:
Ejen Ali Musim 2 (Melayu) (23 Sept 2017)

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan