Buletin
Elizabeth Tan jelaskan hubungan dengan Zul Ariffin


Tarikh disiarkan: 4 Jun 2018


Elizabeth Tan bangga dengan dirinya yang kini semakin lancar bertutur dalam Bahasa Melayu

4 Jun – Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan nafi mempunyai hubungan istimewa dengan aktor Zul Ariffin apabila dia dilihat sering memuat naik video bersama aktor itu di laman sosial Instagram miliknya.

Elizabeth jelaskan hubungannya dengan Zul hanyalah sebagai rakan seperjuangan, tambahan video itu dibuat ketika mereka berehat di lokasi penggambaran filem terbaru berjudul "Misteri Delaila" arahan Syafiq Yusof.

"Semua itu dibuat hanya untuk suka-suka dan menghilangkan bosan ketika kru membuat persedian sebelum menyambung penggambaran," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Tambah pelakon "Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium" ini lagi, dia sangat selesa dan senang bekerja dengan Zul yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia lakonan yang mana mereka cepat serasi.

Malah dia turut menganggap Zul sebagai abangnya sendiri selain tiada apa-apa perasaan terhadap satu sama lain.

Dalam pada itu, bercerita mengenai kerjaya seninya, artis berusia 24 tahun ini bangga dengan dirinya apabila semakin lancar bertutur dalam Bahasa Melayu ketika berlakon.


"Ia membuatkan lakonan saya nampak semula jadi. Saya juga melihat kerjaya seni saya seperti baru bermula kerana lebih tahu apa yang diinginkan. Sebelum ini saya lebih banyak mendengar kata dan kurang bersuara."

Elizabeth kini lebih bersemangat untuk terus melebarkan sayap seninya selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan Warner Music sejak Februari lalu.

(Sumber foto: Elizabeth Tan Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide