Buletin
Erma Fatima beri 'syarat' kepada Umie Aida yang mahu jadi pengarah


Tarikh disiarkan: 12 November 2018


Erma Fatima sedang sibuk menyiapkan beberapa skrip drama terbaru.

12 Nov – Pengarah dan pelakon tersohor tanah air Erma Fatima meletakkan beberapa syarat kepada adiknya iaitu pelakon Datin Seri Umie Aida yang mahu melebarkan sayap sebagai pengarah pula.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad menyambut baik niat adiknya itu dan berharap adiknya itu sentiasa bersemangat untuk menghasilkan karya yang terbaik.

"Hmmm... syarat-syarat nak jadi pengarah untuk hang (Umie Aida). Jangan pilih lokasi yang tak panas saja. Pengarah kena tahan panas, bukan nak bermanja-manja kat lokasi nak ada penghawa dingin bagai.


"Pengarah tak boleh asal ada yer. Pengarah juga tidak boleh semangat nak 'shoot' dua hari pertama sahaja, selebihnya adalah, melukis karya hang dengan warna-warna dari jiwa," tulisnya di laman sosial Instagram miliknya.


Erma Fatima dan Umie Aida bakal kembali bergandingan dalam drama bersiri "Mak Cun" terbaru.
(Sumber foto: Nona)

Erma pada masa sama turut meminta Umie untuk fikir sedalam-dalam sebelum ambil keputusan untuk jadi pengarah kerana dia tidak mahu adiknya jadi seorang pengarah yang hanya duduk di depan skrin sambil cakap 'action-cut' sahaja.

Dalam posting pengarah berusia 50 itu, dia kini sedang sibuk menyiapkan skrip untuk drama pertama arahan adiknya yang diberi judul "Lelaki Melayu Terakhir".

Sementara itu, selain sibuk menyiapkan skrip drama untuk adiknya, Erma dalam posting videonya turut memaklumkan yang dia juga sedang sibuk menyiapkan drama bersiri popular "Mak Cun" arahannya.

(Sumber foto: Erma Fatima Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Dukun (Melayu) (5 April 2018)
Jwanita (Melayu) (24 September 2015)