18 Jan – Selepas satu Malaysia kecoh dengan berita penangkapan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil, terdapat segelintir netizen yang mempersoal tindakan seorang yang mempunyai gelaran boleh bertindak sedemikian. Susulan daripada itu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam satu kenyataannya berasa dukacita dengan tindakan pelakon berkenaan yang didakwa di mahkamah. Berikutan itu, Tengku Abdullah berkenan sekiranya Farid Kamil dengan rela hati mahu memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang dianugerahkan kepadanya pada 16 Disember tahun lalu.