Buletin
Fattah Amin bersyukur single terbaru dipuji


Tarikh disiarkan: 13 Oktober 2018


Fattah Amin larang isteri masuk ke dapur sejak beberapa bulan lalu kerana mahu turunkan berat badan.

13 Okt – Pelakon dan penyanyi popular Fattah Amin meluahkan rasa bersyukurnya apabila single terbaru berjudul "Isterimewa" mendapat respon cukup positif daripada pendengar.

Kejayaan ini membuktikan usaha kerasnya selama ini iaitu belajar secara berterusan dengan guru vokal, Syafizawati Shafrif atau Cikgu Shafi telah membuahkan hasil.

"Sudah lama saya berguru dengan Cikgu Shafi. Hasilnya tidak nampak dalam masa singkat, sebaliknya ia memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

"Syukur apabila ramai menerima lagu baru saya. Pujian mereka menguatkan semangat saya untuk terus memberikan hasil terbaik," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, pelakon "KL Special Force" ini berkata kritikan dan kecaman yang dilemparkan kepadanya sebelum ini tidak pernah mematahkan semangatnya, sebaliknya sokongan penuh isteri dan peminat setia membuatkan menerima segala komen itu dari sudut positif.


Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perihal peribadinya pelakon berusia 28 tahun itu mendedahkan dia terpaksa melarang isterinya Nur Fazura untuk masuk ke dapur untuk masak hidangan malam sejak beberapa bulan lalu kerana mahu mengamalkan gaya pemakanan sihat.

Ini kerana sejak dia mendirikan rumah tangga, tubuhnya naik berikutan kerana kerap makan berikutan isterinya gemar memasak.

Untuk memastikan dia mengekalkan bentuk tubuh yang ideal, dia kini akan mengelak makan selepas jam 6 petang dan akan sering ke gimnasium.

(Sumber foto: Fattah Amin Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide