Buletin
Filem "Langsuir" arahan Osman Ali ditunda


Tarikh disiarkan: 25 Jun 2018


Salah satu babak yang terdapat dalam filem "Langsuir".

25 Jun– Pengarah filem Osman Ali tampil menjelaskan penundaan filem seram terbaru arahannya berjudul "Langsuir" yang sepatutnya ditayangkan pada 21 Jun lalu telah diubah ke 20 September depan.

Menurut Osman, penundaan filem itu dibuat kerana pihaknya mahu memantapkan lagi sususan dan suntingan jalan cerita filem itu selain atas saranan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). "Benar filem "Langsuir" telah diubah tarikh tayangan ke bulan September depan kerana LPF minta kita sunting sedikit jalan cerita agar bersesuaian untuk tontonan.

"Saya tidak ada masalah dan sedia beri kerjasama dan saya cuba ubah sebaik mungkin agar tidak merosakkan perjalanan filem tersebut serta masih menarik untuk ditonton," ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Tidak menganggap penundaan filemnya sebagai satu berita malang, sebaliknya sebagai satu peluang untuk pihaknya mempromosikan filem ini lagi.

Filem terbitan Guan Teamwork Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Nuansa Films ini menampilkan dua pelakon baru Syafiq Kyle dan Hanna Delisha sebagai peneraju.

Ia menampilkan sebuah jalan cerita yang berbeza dan menarik iaitu mengenai tentang kisah cinta dari dua dunia yang berbeza antara manusia dan makhluk halus.

Selain Syafiq dan Hannah, filem ini turut dibintangi pelakon lain seperti Julia Farhana, Firdaus Nadzaman, Halim Radzi, Shahkimin, Nazri, Daaim Jailana dan Naza Manas.

(Sumber foto: NST)

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan:
Ombak Rindu (Melayu) (1 Disember 2011)
Pinjamkan Hatiku (Melayu) (30 November 2017)
Jwanita (Melayu) (24 September 2015)