JC Chee bawa watak mati pucuk dalam "Get Hard" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

JC Chee bawa watak mati pucuk dalam "Get Hard"

Penulis: Ashraf Nasser


JC Chee terima cabaran bawa watak kontroversi.

29 Jan – Selepas mencipta nama dalam filem "Ola Bola" dengan membawa watak sebagai Tauke, JC Chee bakal muncul dengan sebuah filem terbaru dengan menjayakan watak sebagai lelaki yang menghadapi masalah mati pucuk berjudul "Get Hard".

Menurut JC Chee, dia teruja apabila diberi peluang untuk membintangi filem serta tertarik dengan jalan cerita yang ditampilkan berikutan ia adalah subjek yang cukup sensitif di kalangan golongan lelaki.

"Dalam filem "Get Hard" ini, saya memegang peranan sebagai Tang, seorang lelaki yang berjaya dan cukup cemerlang dalam kerjayanya.

"Cuma, disebalik kelebihan yang dimiliki itu, Tang sebenarnya seorang sangat kurang keyakinan diri kerana berhadapan dengan masalah mati pucuk," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai filem terbarunya ini JC mengakui ia merupakan satu tanggungjawab besar dan sukar buatnya kerana dirinya sendiri tidak berdepan dengan masalah mati pucuk.

Selain itu, cabaran lain yang terpaksa dihadapinya dalam filem ini adalah ia bergenre komedi, sedangkan dia belum pernah terlibat dalam filem bergenre komedi sebelum ini.

"Get Hard" berkisarkan tentang seorang lelaki Tang yang merupakan seorang yang berjaya dalam kerjaya dan menjadi popular di kalangan wanita. Dia mempunyai teman wanita KeLi selama lima tahun dan sepanjang perhubungan, mereka belum pernah berasmara.

Namun semuanya menjadi huru-hara apabila ibu Tang jatuh sakit dan memaksanya untuk berkahwin dalam tempoh 30 hari. Dia yang cemas meminta bantuan rakan-rakannya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Filem arahan Chan Wai Cheong ini bakal menemui penonton di seluruh negara bulan Mac depan.

Cinema Online, 29 Jan 2018

Filem Berkaitan:
Ola Bola (English / Malay / Mandarin / Tamil) (28 Jan 2016)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan