Kaka Azraff harap peminat suka dengan OST "Gol Dan Gincu Vol.2" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Kaka Azraff harap peminat suka dengan OST "Gol Dan Gincu Vol.2"

Penulis: Florey DM


Kaka Azraff teruja pada masa sama gementar apabila dia menyanyikan runut
bunyi "Shout It Out" untuk "Gol & Gincu Vol. 2".

30 Sep – Pelakon dan penyanyi Kaka Azraff mengakui perasaan bercampur baur apabila mendapat tahu yang dia diberikan kepercayaan untuk menyanyikan lagu runut bunyi (OST) untuk filem terbaru "Gol Dan Gincu Vol. 2".

"Saya teruja, gembira dan gementar," ujar artis berusia 29 tahun itu kepada Cinema Online ketika membuat kemunculan di acara "Get It Beauty" di KLCC baru-baru ini.

Sebagai peminat filem pertama "Gol Dan Gincu", Kaka nyata teruja apabila diberi peluang untuk terlibat dalam filem itu tetapi gementar kerana ia bermakna dia akan mengikut jejak langkah ibu saudaranya yang merupakan Ratu Rock tanah air iaitu Ella yang menyanyikan OST untuk filem pertama pada tahun 2005.

"Saya cuba tidak terlalu fikirkan perkara negatif, sebaliknya hanya fokus pada perkara positif sahaja. Ini merupakan masa saya untuk memberikan generasi baru muzik baru. Saya harap peminat akan sukakan lagu yang berjudul "Shout It Out" itu," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Kaka memberitahu dia juga bakal muncul dalam filem terbaru kerjasama Indonesia-Malaysia yang diberi judul "Zharfa the Movie".

Ia dijadualkan akan menemui penonton di Malaysia pada Oktober ini.

Cinema Online, 30 Sept 2018

Filem Berkaitan:
Gol Dan Gincu Vol. 2 (Malay) (25 Oct 2018)
Aliff Dalam 7 Dimensi (Malay) (08 Sep 2016)
GOL DAN GINCU (Malay) (11 Aug 2005)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan