"Konsert Hora Horey Didi & Friends" dapat sambutan luar biasa! | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Konsert Hora Horey Didi & Friends" dapat sambutan luar biasa!

Penulis: Ashraf Nasser


"Konsert Hora Horey Didi & Friends" dijangka bakal dapat kutipan pecah panggung.

13 Mac – Filem "Konsert Hora Horey Didi & Friends" membuktikan percubaan pertama mereka membawa animasi ini ke layar perak berbaloi, apabila kebanyakan tiket habis dijual pada hari pertama tayangan filem itu di pawagam.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Pengarah Digital Durian, Sinan Ismail yang berkata pihaknya kini sedang menunggu butiran lanjut daripada pawagam dan Astro.

"Saya menerima maklum balas ada antara penonton yang tidak dapat masuk ke panggung wayang kerana kehabisan tiket.

"Setiap tayangan "Konsert Hora Horey Didi & Friends" di pawagam memang penuh. Apapun saya berasa lega dengan sambutan yang diterima," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!

Siri animasi "Didi & Friends" merupakan animasi tempatan yang cukup popular dikalangan kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun.

Apa yang membuatkan animasi ini lebih menarik adalah apabila penyanyi tersohor tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Tomok juga menyumbang suara mereka.

Mula ditayangkan sejak 10 Mac lalu, "Konsert Hora Horey Didi & Friends" ditayangkan di 34 buah pawagam TGV Cinemas di seluruh negara, LFS Cinemas PB Sentral, Terengganu, City Cineplex Kota Kinabalu, Eastern Cineplex Tawau dan Brunei.

Buat masa ini tayangan di Golden Screen Cinemas masih belum ada.

Untuk dapatkan waktu tayangan "Konsert Hora Horey Didi & Friends", klik di sini.

Cinema Online, 13 Mac 2018

Filem Berkaitan:
Konsert Hora Horey Didi And Friends (Melayu) (10 Mac 2018)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan