Lisa Surihani lebih selesa bekerja dengan suami | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Lisa Surihani lebih selesa bekerja dengan suami

Penulis: Ashraf Nasser


Lisa Surihani bakal kembali aktif berlakon tetapi akan selektif terhadap tawaran yang diterimanya.

31 Mei – Pelakon Lisa Surihani mengakui kini berasa selesa bekerja dengan suaminya iaitu Yusry Abdul Halim, menyebabkan dia sudah lama tidak muncul di kaca televisyen atau di layar perak.

Malah, dia yang terlalu selesa bekerja membuatkan dia melupakan dunia lakonan biarpun kadang-kala timbul perasaan rindu untuk berlakon.

"Apabila saya dan suami bekerja, moodnya baik dan profesional. Berselisih faham itu normal. Biarpun berselisih pendapat atau bercanggah idea, kami tetap profesional dalam membuat keputusan.

"Kami letak ketepi ego masing-masing dalam urusan kerja. Biarpun saya masih dalam proses belajar jika dibandingkan Yusry yang sudah 26 tahun berpengalaman dalam bidang seni kreatif, saya tiada masalah bekerja dengannya dan sangat selesa," ujarnya yang dipetik dari BH Online.


Walaupun sudah lama tidak berlakon, syarikat pengurusan yang menguruskan kerjayanya iaitu Rocketfuel Entertainment kini sedang dalam perancangan untuk membawanya kembali aktif dalam drama tv.

Pelakon "Ombak Rindu" itu bagaimanapun akan bersikap selektif terhadap tawaran yang diterima supaya selari dengan jadualnya.

Lisa menjelaskan dia sangat mengutamakan perihal keluarga dan tidak mahu kerjaya seninya menjadi punca dia mengabaikan tugasnya sebagai isteri dan ibu.

(Sumber foto: Lisa Surihani Instagram)

Cinema Online, 31 Mei 2018

Filem Berkaitan:
Ombak Rindu (Malay) (01 Dec 2011)
Suamiku Encik Perfect 10 (Malay) (22 Jan 2015)
Sinaran (Malay) (26 Nov 2015)


Waktu Tayangan