16 Jul – Pengarah filem Syamsul Yusof memberitahu bahawa penggambaran filem terbarunya berjudul "Mat Kilau", terpaksa dihentikan walaupun sudah 70 peratus siap berikutan masalah dalaman yang tidak dapat dielakkan. Syamsul bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. "Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Saya terpaksa membuat keputusan menghentikan penggambaran sehingga masalah dalaman selesai. Tekanannya membabitkan cuaca dan kerenah yang tidak dapat disebutkan. Saya berdepan dengan dugaan berat ketika menghasilkan filem ini. "Saya bekerja dengan pasukan yang profesional, tetapi perjalanannya tetap sukar. Mungkin sebelum ini kita boleh rumuskan pasukan yang menghasilkan filem "Mat Kilau" kurang pengalaman, tetapi 'team' saya yang banyak pengalaman juga masih berdepan masalah," ujarnya yang dipetik dari BH Online. Dia bersyukur kerana penerbit filem Rahman dan Shahruddin Dali memahami situasi yang dihadapinya ketika ini.