Mira Milzah akui rapat dengan Zizan Razak | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Mira Milzah akui rapat dengan Zizan Razak

Penulis: Ashraf Nasser


Mira Milzah tak mahu sahkan jalin hubungan kerana masih lagi di peringkat awal.

11 Jun – Pelakon jelita Mira Milzah mengakui pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak adalah lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman bagaimanapun enggan mengesahkan mereka sedang menjalin hubungan cinta.

"Kami masih lagi berkawan sampai sekarang... dia (Zizan) antara kawan lelaki yang rapat dengan saya. Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya.

"Mungkin salah satu sebab nak jaga hati keluarga. Saya dan dia pun masing-masing ada keluarga. Kalau kerap keluar gosip saja, kami okey tapi yang tak seronok keluarga. Lagi-lagi orang tua kita," ujarnya yang dipetik dari mStar.

Terdahulu, Zizan telah mengeluarkan kenyataan memberitahu dia merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan dengan wanita pilihannya.


Zizan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti wanita bertuah itu biarpun ramai yang sudah mengetahui siapa wanita tersebut.

Tujuan pelakon "Polis Evo" itu berbuat demikian kerana ia masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

(Sumber foto: Mira Milzah Instagram)

Cinema Online, 11 Jun 2018

Waktu Tayangan