Buletin
Mira Filzah kagum dengan Remy Ishak


Tarikh disiarkan: 27 September 2018


Mira Filzah bakal muncul dengan filem kedua sekali lagi bergandingan dengan Remy Ishak.

27 Sep – Pelakon Mira Filzah yang berpeluang untuk berlakon bersama Remy Ishak sebagai gandingannya melabelkan aktor itu sebagai 'hero Malaya' yang terbaik ketika ini.

Menurut Mira, Remy bukan sahaja mempunyai bakat lakonan yang besar tetapi dia juga seorang pelakon yang sentiasa berkongsi ilmu lakonan.

"Remy seorang yang sangat profesional dan senang memberikan kerjasama ketika di lokasi. Selain itu, dia banyak membantu membuatkan kerja lakonan kami jadi mudah dan cepat.

"Bercerita soal lakonannya, memang dia antara 'hero Malaya' atau aktor terbaik di negara kita. Saya pula baru tiga tahun mengasah bakat dalam lakonan. Pengalaman pun belum banyak lagi. Namun saya tetap jadikan segala ruang diberikan untuk menimba ilmu dan pengalaman," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Pelakon "Rise: Ini Kalilah" berkata demikian selepas mereka bergandingan dalam drama terbaru berjudul "Lelaki Kiriman Tuhan" arahan Rashid Sibir yang mana ia turut dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Rozita Che Wan, Talha Harith, Kartinan Aziz, Harris Anuar, Riana AF dan Uyaina Arshad.


Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai wataknya dalam drama itu Mira berkata dia membawa watak sebagai seorang pengusaha pusat peranginan yang terpaksa bersikap tegas bagi menjayakan perniagaan keluarga.

Sementara itu, Mira juga berkata dia bakal muncul dengan filem keduanya berjudul "Sangkar" arahan Kabir Bhatia yang mana ia diterajui oleh Zul Ariffin dan Remy Ishak.

(Sumber foto: Mira Filzah Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide