Nabila Huda beli pakaian sendiri untuk berlakon | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Nabila Huda beli pakaian sendiri untuk berlakon

Penulis: Ashraf Nasser


Nabila Huda melihat pada pelbagai aspek sebelum menerima tawaran berlakon.

24 Feb – Pelakon Nabila Huda sememangnya seorang pelakon yang sangat mengutamakan kualiti skrip dalam setiap naskhah yang dilakonkannya, gandingan, dan juga penampilannya dalam menjayakan watak yang diberikan.

Oleh itu, Nabila sanggup mengeluarkan duit sendiri bagi membeli baju supaya pakaian yang disarung ketika menjayakan babak kena dengan situasi.

"Saya sangat malu sekiranya tampil dengan baju sama dalam beberapa babak untuk drama yang sama. Impak perlu ada pada penampilan pelakon dan ia tidak bergantung kepada lakonan bagus semata-mata.

"Setiap perkara perlu diberikan penekanan dan penampilan turut mempengaruhi gaya lakonan seseorang pelakon," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurut pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 ini lagi, ramai pelakon, terutamanya pelakon baru, perlu menghidupkan watak sendiri.

Tambah pelakon "Munafik" ini, dia menceburi bidang lakonan bukan kerana mengejar duit semata-mata, sebaliknya dia lebih kepada 'seni' itu sendiri.

Nabila turut mengakui dia sangat menitik beratkan setiap naskhah yang ditawarkan kepadanya seperti jalan cerita dan watak yang diberikan supaya dia boleh merancang penampilannya dan baju apa yang perlu dipakai.

Selain itu, perbincangan dengan pengarah juga amat penting supaya kedua-dua pihak faham dan tidak timbul sebarang masalah ketika di set penggambaran kelak.

(Sumber foto: Nabila Huda Instagram)

Cinema Online, 24 Feb 2018

Filem Berkaitan:
Munafik (Malay) (25 Feb 2016)
BOHSIA: JANGAN PILIH JALAN HITAM (Malay) (23 Apr 2009)
Jalan Kembali: Bohsia 2 (Malay) (07 Jun 2012)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan