Buletin
Nabila Huda ke Itali untuk projek terbaru


Tarikh disiarkan: 5 Julai 2018


Nabila Huda teruja dapat jayakan program travelog sekali lagi.

5 Jul – Pelakon popular Nabila Huda memberitahu dia bakal terbang ke Itali bagi menjayakan projek terbarunya iaitu program travelog bermula 16 Julai ini.

Walaupun teruja, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi berasa sedikit bersalah apabila terpaksa berjauhan dengan suami dan anak tersayang.

"Susah hati juga kerana kami akan berpisah lama. Tetapi, suami dan anak, Keisha Laila memahami tanggungjawab serta minat saya. Alhamdulillah kerana hubungan anak dan suami rapat, jadi ia memudahkan saya menjalankan tugas.

"Suami tidak menghalang kerana saya ke sana atas urusan kerja. Cuma, hati saya yang tidak menentu kerana jarang berjauhan begitu lama dengan mereka. Mujur, suami ada bersama ketika perbincangan program itu dibuat," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Pelakon "Tombiruo: Penunggu Rimba" itu bagaimanapun berkata suami dan anaknya akan sertainya di sana pada akhir siri program tersebut untuk bercuti bersama-sama.


Dalam pada itu bercerita lanjut mengenai program travelog tersebut, Nabila teruja apabila dimaklumkan akan dibawa meneroka pelbagai lokasi yang kurang mendapat perhatian pelancong.

Tambahnya idea untuk hasilkan program itu tercetus selepas kejayaannya berkongsi pengalaman menerusi program #walkoflife ketika di Nepal.

(Sumber foto: Nabila Huda Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide