"One Two Jaga" versi tidak ditapis ke Netflix | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"One Two Jaga" versi tidak ditapis ke Netflix

Penulis: Ashraf Nasser


Salah satu babak dalam filem "One Two Jaga".

24 Nov – Filem drama-jenayah kontroversi "One Two Jaga" bakal ditayangkan di platform penstriman video terkenal Netflix tidak lama lagi.

Filem arahan Namron ini akan ditayangkan dalam versi yang tidak ditapis oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LFP).

Selain itu, penamat filem ini juga akan berlainan dengan tayangan di Malaysia sebelum ini.

"One Two Jaga" berkisarkan tentang dunia gelap kepolisan di Malaysia yang mana ia memberi tumpuan kepada segelintir anggota korup yang sanggup mengkhianati negara dengan mengambil rasuah untuk kepentingan diri sendiri.

Filem kontroversi ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air dan Indonesia seperti Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Chew Kin Wah, Bront Palarae, Iedil Putra, Ario Bayu, Asmara Abigail dan ramai lagi.

Terdahulu, filem terbitan PixelPlay ini telah pun ditayangkan di festival filem antarabangsa sebelum ia ditayangkan di Malaysia yang mana ia berjaya tercalon dalam kategori Best Nuclear Film di Festival Filem New York.

Kepada anda yang tidak berpeluang untuk menonton filem "One Two Jaga" sebelum ini atau mahu tonton versi tanpa tapisan, anda boleh langgan Netflix untuk menontonnya.

Cinema Online, 24 Nov 2018

Filem Berkaitan:
One Two Jaga (Malay) (06 Sep 2018)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan