Priyanka Chopra dan Nick Jonas nikah Disember ini! | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Priyanka Chopra dan Nick Jonas nikah Disember ini!

Penulis: Ashraf Nasser


Ramai yang tidak sabar untuk menantikan majlis perkahwinan mereka tahun ini.

19 Okt – Sejak beberapa bulan lalu, dunia Bollywood dan Hollywood digemparkan dengan berita pertunangan pasangan selebriti terkenal Priyanka Chopra dan Nick Jonas pada Ogos lalu.

Selepas berita pertunangan mereka tersebar, kedua-dua mereka hanya mengesahkan mengenai perkara itu selepas majlis Roka (pertunangan) yang berlangsung di Mumbai, India pada 18 Ogos lalu yang mana kedua ibu bapa Nick Jonas turut hadir pada majlis tersebut.

Menurut laporan yang dipetik dari Masala, pasangan itu dijangka akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 2 Disember depan di sebuah hotel lima bintang, Umaid Bhawan di Jodhpur.

Malah majlis perkahwinan mereka akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 30 November.

Pasangan itu juga dikatakan telah menjemput sekitar 200 tetamu untuk majlis perkahwinan mereka dan saudara Priyanka, Parineeti Chopra mendedahkan bahawa majlis perkahwinan itu akan menjadi sebuah majlis yang cukup menakjubkan.

Tambah Parineeti lagi, Priyanka dan Nick akan melangsungkan perkahwinan mereka mengikut tradisi India.

(Sumber foto: News 18)

Cinema Online, 19 Okt 2018


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan