Buletin
Raja Ilya bakal terbit filem bajet besar


Tarikh disiarkan: 4 Ogos 2018


Raja Ilya enggan lagi kongsi perkembangannya jika belum pasti.

4 Ogos – Pelakon Raja Ilya akan melebarkan kerjaya seninya apabila memberitahu dia bersama rakan kongsinya sedang dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem menerusi syarikat produksi mereka yang mana akan berkolaborasi dengan produksi dari Indonesia.

"Apa yang boleh saya katakan, filem berbajet tinggi ini bakal direalisasikan bersama sebuah syarikat dari Indonesia. Skripnya pula dihasilkan pasukan saya sendiri.

"Kami sudah melalui proses fasa ketiga pra produksi terutama memperkemaskan lagi skrip dan memilih barisan pelakon. Boleh dikatakan sebahagian besarnya pelakon Indonesia, manakala tenaga belakang tabir digerakkan pasukan Malaysia," ujarnya yang dipetik dari BH Online.


Dalam pada itu, pelakon "Soulmate Hingga Jannah" ini berkata dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi setiap perkembangan termasuk hal peribadi selagi ia belum ada 'hitam putih'.

Pelakon berusia 33 tahun itu berkata demikian selepas dikecam hebat oleh netizen apabila dia menarik diri daripada produksi filem terbitan Marvel Studios.

Raja Ilya jelaskan dia tidak terkilan apabila terpaksa menolak tawaran membintangi filem Hollywood itu, sebaliknya kesal dengan sikap segelintir pihak yang menuduhnya cuba mencari publisiti murahan sedangkan mereka tidak tahu apa-apa.

"Pengajaran yang saya terima cukup besar dan jadi peringatan. Ini kerana di luar sana bukan semua orang suka kita dan mereka bertepuk untuk lihat kita jatuh."

(Sumber foto: Raja Ilya Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Soulmate Hingga Jannah (Melayu) (16 Februari 2017)
Appalam (Tamil) (25 November 2010)
Pilot Cafe (Melayu) (30 April 2015)





Ticket Pricing Guide