Riz Amin tak tunggu tawaran datang kepadanya | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Riz Amin tak tunggu tawaran datang kepadanya

Penulis: Ashraf Nasser


Riz Amin bersyukur usahanya membuahkan hasil.

19 Okt – Pelakon Riz Amin memberitahu dia tidak menunggu tawaran untuk datang kepadanya sebaliknya dia sendiri mencari tawaran berlakon dengan menghubungi penerbit mahupun pengarah sendiri.

Riz atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin berkata dia memberanikan diri untuk berbuat demikian selepas membuat papan matlamat untuk kelangsungan kerjaya lakonannya sejak beberapa bulan lalu.

"Saya sedar papan matlamat itu sangat membantu selepas isteri saya mencadangkan pada sekitar Mei lalu. Ketika itu, kerjaya saya goyah sedikit dan kurang tawaran lantas saya sahut cabaran isteri.

"Jelas papan matlamat sangat membantu di mana saya mendapat motivasi untuk merealisasikan setiap matlamat yang mahu dicapai. Matlamat itu termasuklah menghubungi sendiri penerbit atau pengarah untuk mendapatkan tawaran berlakon," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Pelakon "Blok 404" itu bersyukur apabila pendekatan yang dibuatnya berkesan.

Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 33 tahun itu memberitahu dia bakal muncul dengan dua buah filem terbaru iaitu "Polis Evo 2" dan "7ujuh" yang akan ditayangkan pada bulan sama iaitu sekitar bulan November.

(Sumber foto: Riz Amin Instagram)

Cinema Online, 19 Okt 2018

Filem Berkaitan:
7ujuh (Malay) (08 Nov 2018)
Polis Evo 2 (Malay) (22 Nov 2018)
Kalla: Hidup Atau Mati (Malay) (11 Oct 2018)


Waktu Tayangan