Buletin
Rosyam Nor tak terdesak hasilkan video untuk menjadi viral


Tarikh disiarkan: 23 November 2018


Rosyam Nor tegaskan dia tidak pernah membeli pengikut di laman sosial.

23 Nov – Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal Datuk Rosyam Nor mengakui laman sosial adalah platform yang bagus untuk setiap penggiat seni untuk terus kekal relevan dalam industri hiburan tanah air.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin berkata dia pada mulanya enggan mewujudkan akaun laman sosial bagaimanapun, dia mengalah selepas dipujuk oleh anaknya.

"Saya gunakan lama sosial untuk mempromosikan kerja seni dan perniagaan. Saya rasa perkongsian sebegitu mampu memberikan inspirasi buat orang lain. Saya juga selesa menjadi diri sendiri di laman sosial, tanpa secalit solekan.

"Saya juga tidak terdesak untuk menghasilkan video yang keterlaluan semata-mata nak jadi viral," ujarnya yang dipetik dari BH Online.


Tambahnya lagi, laman sosial seperti Instagram merupakan antara laman sosial yang wajib ada oleh setiap artis kerana harus mengikuti perkembangan teknologi semasa.

Pelakon "KL Special Force" ini mula berkongsi pelbagai aktvitinya di laman sosial bermula penghujung 2012 dan sehingga kini dia sudah pun mempunyai lebih 900 ribu pengikut.

Dalam pada itu, jika ada segelintir artis yang bertindak membeli pengikut di laman sosial untuk mendapatkan perhatian, namun berbeza dengan aktor berusia 51 tahun ini yang tidak kisah dengan jumlah pengikutnya.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Rosyam menerusi syarikat produksi miliknya Suhan Movies & Trading Sdn Bhd baru sahaja melancarkan drama terbaru berjudul "Selafaz Cinta" baru-baru ini.

(Sumber foto: Rosyam Nor Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan: