Sissy Imann bakal muncul dengan filem pertama | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sissy Imann bakal muncul dengan filem pertama

Penulis: Ashraf Nasser


Sissy Imann tidak akan abaikan kerjaya nyanyiannya walaupun kerjaya lakonan semakin laris.

13 Dis – Kegagalan penyanyi Sissy Imann untuk terus kekal dalam program Big Stage tidak menjejaskan kerjaya seninya, sebaliknya dia kini semakin laris apabila dibanjiri tawaran berlakon pula termasuk bakal muncul dengan filem sulungnya tidak lama lagi.

"Ya sekarang ini, sehingga kini saya telah berlakon satu filem "Autumn In Wales", drama untuk slot Iris "Kariah Cak Pong" dan masih lagi dalam penggambaran "Misi Penculikan Cinta".

"Selain itu, Alhamdulillah ada lagi beberapa filem tapi masih di tahap perbincangan kesesuaian watak dan skrip," ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Menurut Sissy, dia mahu menimba ilmu lakonan sebanyak yang mungkin dan tawaran berlakon yang diterima akan digunakan sebaik mungkin untuk memantapkan kualiti lakonannya.

Walaupun rezeki lakonannya semakin murah berbanding nyanyian, Sissy tidak akan mengabaikan kerjaya nyanyian sebaliknya akan terus menyanyi sekiranya mendapat jemputan.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya dia bakal muncul dengan single terbaru di bawah label Faithful Music tidak lama lagi.

Sissy berkata lagu itu sudah pun siap dirakam dan kini dalam perancangan untuk dirilis dan dipromosikan.

(Sumber foto: Sissy Imann Instagram)

Cinema Online, 13 Dis 2018

Waktu Tayangan