Buletin
Syafiq Yusof harap kerajaan baru beri kebebasan bersuara


Tarikh disiarkan: 13 Mei 2018


Syafiq Yusof mahu pembikin filem diberi kebebasan untuk hasilkan filem yang menyentuh isu realiti negara.

13 Mei – Selepas parti Pakatan Harapan (PH) telah berjaya mengambil alih kerajaan, pengarah filem Syafiq Yusof berharap kerajaan baru dapat membuka ruang kebebasan bersuara dalam kalangan pembikin filem tempatan.

"Sebagai pembikin filem, saya mohon kerajaan baharu dapat memberi kebebasan bersuara. Untuk pembikin filem berkarya dengan bebas dalam menyentuh isu-isu realiti negara yang selama ini disekat dengan tapisan yang bukan-bukan," ujarnya yang dipetik dari mStar.


Pengarah itu berkata demikian menerusi laman sosial Twitter miliknya selepas PH berjaya mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) baru-baru ini.

Tambah Syafiq lagi, pembikin filem belia mahukan perubahan dalam industri perfileman tanpa mengharapkan sebarang wang atau geran.

"Bukan wang atau geran yang kami harapkan, kami mahu hak kebebasan bersuara, perlaksaan undang-undang yang telus dan pembangunan serta kajian dalam memajukan filem tanah air."

Kenyataan yang dibuat oleh pengarah "KL Special Force" itu turut mendapat sokongan daripada peminat filem tempatan yang rata-rata bersetuju dengan pengarah muda itu.

Malah netizen juga berharap lebih banyak filem menyentuh isu realiti dihasilkan supaya dapat membuka mata, minda rakyat agar pada masa akan datang dapat berfikir di luar kotak dan dapat melihat realiti.

(Sumber foto: BH Online)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide