Buletin
Syamsul Yusof bakal ambil tindakan terhadap FB palsu


Tarikh disiarkan: 22 Mac 2018


Syamsul Yusof hanya mempunyai akaun peribadi Instagram sahaja.

22 Mac – Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof tampil menjelaskan bahawa dia tidak pernah mempunyai akaun peribadi di laman sosial Facebook (FB) apabila wujud sebuah akaun yang menggunakan namanya.

"Saya tiada langsung akaun FB peribadi. Saya Cuma ada akaun FB untuk Fang Page sahaja. Itupun ia dijaga dan diuruskan oleh Admin," tulisnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Berikutan itu pengarah "Munafik" ini meminta orang ramai terutama peminatnya tidak terperdaya dengan kewujudan FB palsu yang menggunakan namanya.

Apa yang membuatkan pengarah berusia 34 tahun itu berang apabila pihak yang menggunakan FB tersebut menyebarkan isu-isu politik.

Susulan itu, Syamsul menegaskan dia tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.


"Jangan paksa saya untuk ambil tindakan undang-undang! Hentikan menyamar dan salah guna nama saya di sosial media."

Dalam perkembangan lain, Syamsul baru sahaja muncul dengan filem aksi arahan adiknya iaitu Syafiq Yusof berjudul "KL Special Force".

Selain itu, dia juga mempunyai sebuah lagi filem iaitu "Munafik 2" arahannya yang mana masih belum mempunyai tarikh tayangan walaupun filem itu dikatakan sudah siap.

(Sumber foto: Syamsul Yusof Instagrama)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Munafik (Melayu) (25 Februari 2016)
KL Special Force (Melayu) (8 Mac 2018)
KL Gangster (Melayu) (9 Jun 2011)