Buletin
The Rock ucap terima kasih kepada peminat "Jumanji" Malaysia!


Tarikh disiarkan: 3 Januari 2018


Dwayne Johnson teruja dengan sambutan daripada peminat Malaysia terhadap
filem barunya, "Jumanji: Welcome to the Jungle".

3 Jan – Jika anda salah seorang yang mengikuti bintang filem Hollywood, Dwayne '''The Rock' Johnson di laman sosial Instagram, sudah pasti anda perasan dia telah memuat naik video mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong filem terbarunya, "Jumanji: Welcome to the Jungle".

Dalam salah satu videonya, ia menyaksikan ahli gusti yang bertukar menjadi pelakon itu membuat video terima kasih kepada peminatnya di Malaysia.

"Ini adalah minggu kedua filem "Jumaji" ditayangkan di Malaysia dan kami sudah pun menjadi filem ketiga dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, ia sesuatu yang cukup menakjubkan untuk filem yang dalam minggu keduanya," ujarnya.

"Saya sayang kamu Malaysia, saya ingin berterima kasih. Teruskan berhibur dengan "Jumanji"."


Dia juga turut mengimbas semula dan bagaimana bersyukurnya dia kepada peminat di Malaysia dengan meletak kapsyen ini: "Hubungan kita sudah terjalin sejak sekian lama sebagaimana saya pernah terlibat dengan perlawanan gusti di Kuala Lumpur. Ia merupakan perkara yang tidak boleh dilupakan. Saya sangat bersyukur terhadap sokongan anda selama ini."

Filem terbaru "Jumanji" ditayangkan pada 21 Disember 2017 di Malaysia dan dilaporkan telah mengutip RM48.29 juta pada 1 Januari 2018 selepas didedahkan oleh Sony Pictures Malaysia, menjadikan ia filem ketiga dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Manakala kutipan di seluruh dunia pula menyaksikan filem ini berjaya mengutip USD338.2 juta, berdasarkan statistik dari Box Office Mojo. Ia ditayangkan di Amerika Utara pada 20 Disember.

 

A post shared by therock (@therock) on

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide