Buletin
"Tombiruo: Penunggu Rimba" tercalon Filem Asia Terbaik


Tarikh disiarkan: 17 Oktober 2018


"Tombiruo: Penunggu Rimba" dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air.

17 Okt – Filem aksi epik "Tombiruo: Penunggu Rimba" telah mengharumkan nama negara apabila filem itu telah tersenarai sebagai finalis di anugerah The Australian Academy of Cinema and Television Arts (AACTA) 2018 dalam kategori Filem Asia Terbaik.

Dipetik dari Bernama , filem yang diadaptasi dari novel popular Ramlee Awang Murshid ini akan bersaing dengan lapan buah filem lain dari seluruh Asia seperti iaitu "1987 When The Day Comes" (Korea Selatan), "The Bold, The Corrupt and The Beautiful" (Taiwan), "Dying to Survive" (China), "Gali Guleiyan" (India), "Newton" (India), "Sanju" (India), "Shoplifters" (Jepun) dan "Youth" (China).


Keputusan pemenang untuk anugerah itu akan diumumkan pada malam kemuncak majlis anugerah tersebut yang bakal berlangsung pada 5 Disember depan di Sydney, Australia.

Ini bukanlah kali pertama filem terbitan Astro Shaw ini mendapat perhatian di peringkat antarabangsa kerana sebelum ini filem "Tombiruo" telah terpilih sebagai "Official Selection" di bawah kategori 'World Fantastic Blue' bersama-sama 36 filem lain dari seluruh dunia pada 22nd Bucheon International Fantastic Film Festival (BiFan) yang berlangsung di Bucheon, Korea Selatan Julai lalu.

"Tombiruo: Penunggu Rimba" dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Datuk Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan: