Buletin
The Ultimate Cosplayers sertai Cinema Online untuk 'Hari Wayang' di pawagam


Tarikh disiarkan: 16 Julai 2018


The Ultimate Cosplayers teruja dapat menonton filem adiwira terbaru di mmCineplexes eCurve.

16 Jul – Baru-baru ini Cinema Online telah berkolaborasi dengan komuniti The Ultimate Cosplayers bagi menjayakan 'hari wayang' dengan menonton filem adiwira terbaru di pawagam.

Acara bersama komuniti adiwira ini berlangsung di mmCineplexes eCurve yang mana lebih 30 cosplayers adiwira seperti Ant-Man, Spider-Man, Iron Man, Hulk, Thanos, Deadpool dan ramai lagi hadir memeriahkan lagi malam tersebut.


Amir bersama pengarah Cinema Online, Marcel Lariche.

Menurut penganjur bersama iaitu Amir dari The Ultimate Cosplayers, dia mengucapkan terima kasih kepada pihak Cinema Online yang sudi berkolaborasi bersama mereka bagi menjayakan 'hari wayang' tersebut yang berlangsung dengan jayanya.


Bukan mudah untuk mereka ini memakai pakaian adiwira yang mana ia mengambil masa yang agak lama.

 


Spider-Man juga perlukan bantuan untuk pakai topeng.

"Komuniti kami sememangnya sering mengaturkan 'hari wayang' bersama ahli-ahli setiap kali ada tayangan filem-filem adiwira terbaru.

"Kami sangat berbesar hati apabila pihak Cinema Online turut serta untuk menjayakan hari ini yang mana ia akan memberi pendedahan mengenai komuniti kami," ujarnya yang juga merupakan salah seorang ahli kelab Star Wars Malaysia Fan Club.


Farabi dalam kostum adiwira sebagai Spider-Man.

Salah seorang pengasas The Ultimate Cosplayers iaitu Farabi Zawali pula memberitahu penubuhan komuniti ini dibuat bagi mengumpul mereka yang berkongsi minat yang sama, iaitu minat terhadap filem-filem adiwira dan juga mereka yang gemar mengenakan pakaian adiwira.

"Di Malaysia ini sebenarnya ramai mempunyai minat terhadap cosplay namun mereka sebelum ini hanya bergerak secara sendirian kerana tiada komuniti seperti ini. Oleh itu, saya dan seorang lagi rakan menubuhkan komuniti ini bagi mengumpul mereka yang mempunyai minat yang sama seperti kami.


Ant-Man nampak seperti bosan menunggu Thanos bersiap.

 


Ghost Rider juga turut hadir bagi memeriahkan lagi 'hari wayang'.

"Kami bukan sahaja berinteraksi melalui laman sosial sahaja, tetapi kami juga sering mengatur perjumpaan bersama komuniti bagi melakukan pelbagai aktiviti bersama."

Tambah pekerja perunding IT ini lagi, selain berkumpul menonton wayang atau 'melepak', mereka juga sering mendapat jemputan untuk melakukan kemunculan di majlis-majlis hari jadi dan terlibat dengan projek komuniti oleh syarikat-syarikat korporat.


Muhmad Syamin mengenakan kostum yang dibuatnya sendiri.

Bercerita mengenai menjana wang sampingan, seorang pembikin filem independent iaitu Muhammad Syamim berkata dari minatnya dia kini mampu mengumpul pendapatan dengan mengambil upah menghasilkan kostum-kostum adiwira.

"Tidak dapat dinafikan kostum adiwira ini bukanlah murah, kerana ia mampu mencecah ribuan ringgit, namun keminatan membolehkan saya belajar buat sendiri kostum yang dipelajari dari laman YouTube.


Hulk cuba menakutkan kakak kaunter tiket dan nampaknya gagal, maknanya Hulk kena beli tiket. Tiada tiket percuma untuk Hulk!

 


Seperti biasa Deadpool datang lambat. Mungkin sangkut jem kot. Maklumlah tiada kereta dan hanya naik teksi sahaja.

"Selepas rakan-rakan melihat hasil kerja saya, mereka sanggup membayar saya untuk hasilkan kostum yang mereka mahu. Secara tidak langsung saya dapat wang untuk lakukan perkara yang saya suka."


Walaupun ada 'superpower' tapi mereka tetap kena beratur nak mendapatkan tiket wayang.

 


Nampaknya Thanos cuba potong giliran.

 


Deadpool 'teruja' dapat bertih jagung dan air sebelum masuk ke panggung.

Sementara itu, seorang lagi peminat cosplay yang hanya mahu dikenali Wan Kedah, berkata minat terhadap cosplay tidak mengenal usia, dengan mengambil contoh seperti dirinya yang sudah berusia tetapi masih aktif dengan aktiviti tersebut.

Selain itu, Wan juga merupakan pengasas Collectors Toy Fair Kuala Lumpur (CTFKL) yang merupakan konvensyen permainan terbesar di Malaysia.


Wan Kedah sangat aktif dalam dunia cosplay.

 


Peminat cilik bergambar bersama adiwira kegemarannya.

 


Pengunjung tak lepaskan peluang bergambar bersama adiwira kegemaran. Rambo juga turut serta.
Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan:
Ant-Man And The Wasp (4 Julai 2018)
Avengers: Infinity War (25 April 2018)
Spider-Man: Homecoming (6 Julai 2017)