Zizan Razak akan bergandingan dengan pelakon terkenal Indonesia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Zizan Razak akan bergandingan dengan pelakon terkenal Indonesia

Penulis: Ashraf Nasser


Zizan yakin dia mampu galas watak yang diberikan kerana ia sesuai dengan karakternya

19 Jul – Pelakon, pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak disahkan bakal bergandingan dengan pelakon terkenal Indonesia, Christine Hakim dalam sebuah drama berjudul "Sepenggal Puisi".

Drama terbaru itu adalah hasil kerjasama Astro dengan produksi Indonesia akan diarahkan oleh Jenderal Soedirman, Viva Westi.

Penggambaran drama lapan episod itu akan bermula sekitar Ogos depan.

"Walaupun saya tahu Christine seorang pelakon 'method', tapi rugilah kalau saya menolak peluang itu. Apatah lagi, saya yakin dipilih membintangi "Sepenggal Puisi" kerana kesesuaian karakter saya dengan watak untuk drama itu.

"Ini kerana, melalui pengalaman saya bekerja dengan produksi Indonesia didapati pemilihan pelakon dibuat mengikut kesesuaian watak.

"Jadi, saya tidak gentar untuk berlakon dengan Christine kerana tahu watak yang akan dilakonkan itu kena dengan karakter saya," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Bercerita lanjut mengenai wataknya, pelakon "Abang Long Fadil" ini berkata dia akan membawa watak serius namun tidak boleh ulas lanjut mengenai watak tersebut kerana masih belum diberi skrip.

Sebelum ini Zizan telah bekerjasama dengan penerbit dan pelakon popular Raffi Ahmad untuk filem "Pulang Ke Duda".

Dalam perkembangan lain, Zizan bakal muncul dengan filem aksi terbarunya berjudul "Polis Evo 2" yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

(Sumber foto: Zizan Razak Instagram)

Cinema Online, 19 Jul 2018

Filem Berkaitan:
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)
Abang Long Fadil (Malay) (29 May 2014)
KL Gangster (Malay) (09 Jun 2011)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan