Zizan Razak rancang nikah tahun depan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Zizan Razak rancang nikah tahun depan

Penulis: Ashraf Nasser


Zizan Razak tak mahu terburu-buru kerana mahu mengenali pasangannya dengan lebih dekat terlebih dahulu.

8 Jun – Pelakon Zizan Razak mendedahkan dia merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan dengan wanita pilihannya.

Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, bagaimanapun berkata ketika ini dia lebih selesa untuk tidak mendedahkan identiti wanita bertuah itu kerana masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Buat masa ini lebih baik saya rahsiakan, kami masih dalam proses berkenalan. InsyaAllah saya akan kongsikan apabila sudah tiba masanya nanti.

"Saya memang berniat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat, bukan tahun ini mungkin tahun hadapan," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon "Polis Evo" itu tidak mahu terburu-buru dalam soal jodoh ini sebaliknya menyerahkan kepada takdir.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan seninya Zizan bakal muncul dengan filem sekuel "Polis Evo 2" yang sudah selesai menjalani penggambaran baru-baru ini.

Dalam filem itu akan menyaksikan Zizan kembali bergandingan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Sani dan Inspektor Khai.

(Sumber foto: Zizan Razak Instagram)

Cinema Online, 08 Jun 2018

Filem Berkaitan:
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)
Abang Long Fadil 2 (Malay) (24 Aug 2017)
KL Gangster 2 (Malay) (03 Oct 2013)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan