Buletin
Zul Ariffin semakin minat dalam dunia MMA


Tarikh disiarkan: 13 Disember 2018


Zul Ariffin teruskan latihan Muay Thai untuk jaga kesihatan tubuh badan.

13 Dis – Pelakon popular Zul Ariffin memberitahu dia kini semakin minat dengan sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) selepas terlibat dengan penggambaran filem aksi terbarunya berjudul "Sangkar".

Filem "Sangkar" mengetengahkan mengenai sukan tempur yang semakin popular di seluruh dunia.

"Ia membentuk saya menjadi seorang yang lebih berdisiplin. Lebih penting sukan ini mampu mencabar ego kerana kita akan selalu belajar sesuatu yang baru jika ada orang lain yang lebih baik diri kita.

"Dan sudah tentu ia merupakan satu gaya hidup yang sihat kerana anda akan lebih peka dengan corak pemakanan untuk menjaga berat badan kategori masing-masing," ujarnya yang dipetik dari mstar.

Bercerita lanjut mengenai filem terbarunya itu, pelakon "Tombiruo: Penunggu Rimba" ini teruja diberi peluang untuk membintangi filem tempur pertamanya yang mana ia turut membabitkan atlet ONE Championship.


Menurut Zul, pembikinan filem ini adalah tepat pada waktunya memandangkan sukan tempur semakin mendapat sambutan di negara.

Selain Zul, filem ini turut dibintangi oleh seorang lagi aktor tersohor iaitu Remy Ishak sebagai peneraju.

"Sangkar" dijangka akan menemui penonton di seluruh negara pada tahun hadapan.

(Sumber foto: Zul Ariffin Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan: