Buletin
Zul Ariffin tak mahu hadkan penampilan dalam filem saja


Tarikh disiarkan: 16 September 2018


Zul Ariffin tak mahu lepaskan peluang yang ada buat dirinya ketika ini.

16 Sep – Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia tidak akan mengehadkan penampilannya hanya di layar perak sahaja kerana dia mahu kemunculan seimbang antara filem dan drama.

Zul berkata walaupun kelibatnya kini lebih banyak dapat dilihat di layar perak, namun ia tidak bermakna dia sudah mengurangkan penampilannya di kaca televisyen.

"Sebagai pelakon, saya tak mahu mengehadkan penampilan saya di layar perak semata-mata. Peminat drama TV juga masih ramai dan kuat.

"Satu kerugian buat saya sekiranya saya cuma memilih satu arah, sedangkan saya dapat lebih banyak faedah kalau saya lakukan kedua-duanya," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah pelakon "Hantu Kak Limah" ini lagi, setiap platform lakonan merupakan peluang terbuka buat dirinya dan dia akan terima.


Sekiranya dia tidak ambil peluang itu sudah pasti orang lain akan mengambilnya.

Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 32 tahun itu kini sedang sibuk dengan penggambaran terbaru berjudul "Seribu Rindu" yang mana dia bergandingan dengan Azira Shafinaz.

Selain itu, dia juga sedang menunggu filem terbarunya berjudul "Misteri Dilaila" yang dijangka akan ditayangkan pada awal tahun hadapan.

(Sumber foto: Zul Ariffin Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide