Buletin
42 filem bakal bersaing pada FFM 30


Tarikh disiarkan: 13 Mac 2019


Pengerusi FINAS, Datuk Samsuni Mohd Nor bersama pengarah FFM 30
Abdul Khalid Maulod dan wakil penyiar rasmi Astro.

13 Mac – Sebanyak 42 buah filem tempatan bakal bersaing dalam Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM 30) yang bakal berlangsung pada 30 Mac ini.

Edisi ke-30 ini menyaksikan sebanyak 24 kategori dipertandingkan dan tiga kategori yang tidak dipertandingkan, iaitu Anugerah Penggiat Belakang Tabir, Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman dan Anugerah Filem Box Office.


Pengarah FFM 30, Abdul Khalid Maulod berkata kali ini setiap filem yang bertanding layak untuk merebut trofi utama termasuk kategori Filem Terbaik.


Abdul Khalid Maulod ketika membuat pembentangan mengenai FFM 30 pada tahun ini.

"Pada tahun ini kami telah menerima penyertaan sebanyak 42 buah filem daripada pelbagai genre, kisah dan bahasa. 25 buah filem adalah filem berbahasa Malaysia, lapan filem Mandarin, tujuh filem Tamil dan dua lagi filem berbahasa Kantonis," ujarnya yang ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM 30) berlangsung di Dorsett Hartamas, KL semalam.

Dalam pada itu, Khalid turut berkata edisi kali ini akan menyaksikan sedikit perubahan yang mana pihak mereka akan mengumumkan senarai Top 5 untuk setiap kategori lebih awal, berbanding pada edisi lalu yang mana senarai Top 5 hanya didedahkan pada malam kemuncak.

Persaingan sengit dijangka bakal berlaku berikutan filem-filem yang bertanding pada tahun ini hebat-hebat belaka, antaranya "Munafik 2", "Hantu Kak Limah", "KL Special Force", "Polis Evo 2", "One Two Jaga", "Papa Come Home", "Neeyum Naanum", "The Kid From The Big Apple 2: Before We Forget" dan banyak lagi.

Malam kemuncak FFM 30 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Berikut adalah senarai filem yang bertanding pada FFM 30:

1. "Kau Takdirku"
2. "Pulang"
3. "Tujuh Sumpahan Suri"
4. "Two Sisters"
5. "Polis Evo 2"
6. "Kutram Seiyal"
7. "KL Special Force"
8. "Munafik 2"
9. "Gol & Gincu Vol. 2"
10. "Mrs K"
11. "KL Wangan"
12. "Tangisan Akinabalu"
13. "The Spiral"
14. "A House Of Happines"
15. "Haunted Hotel"
16. "Perangsang Rentap"
17. "Paskal"
18. "Rise: Inikalilah"
19. "Bukan Cinta Malaikat"
20. "Aasan"
21. "The Kid From Big Apple: Before We Forget"
22. "Makrifat Cinta"
23. "Pinjamkan Hatiku"
24. "Thirudathey Papa Thirudathey"
25. "Lee Chong Wei: Rise Of The Legend"
26. "The Farm – En Veettu Thottahil"
27. "Sughamaai Subbulakshmi"
28. "Langsuir"
29. "Dukun"
30. "Hantu Kak Limah"
31. "Bukser"
32. "Tombiruo: Penunggu Rimba"
33. "Think Big Big"
34. "Get Hard Tongkat Ali"
35. "Papa Come Home"
36. "Neeyum Naanum"
37. "Guang"
38. "One Two Jaga"
39. "Vedigundu Passangge"
40. "Operasi X"
41. "Felina"
42. "Surf This Love"

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.