Buletin
Aaron Aziz bakal membintangi filem aksi arahan Syafiq Yusof


Tarikh disiarkan: 30 Januari 2019


Aaron Aziz perlu jaga pergerakannya supaya sakit sendi tidak kembali berulang.

30 Jan – Pelakon Dato' Aaron Aziz sanggup mengambil risiko apabila menerima tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem aksi arahan Syafiq Yusof tidak lama lagi walaupun keadaan tubuhnya masih lagi sakit.

"Saya ada menerima tawaran untuk membintangi sebuah filem aksi terbitan Skop Production. Filem yang masih belum diberi judul itu merupakan filem arahan Syafiq Yusof.

"Benar, masalah kesihatan mungkin menjadi penghalang. Namun, apabila memikirkan sudah lama tidak terlibat dengan filem aksi, saya bersetuju untuk menerima tawaran berkenaan," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!


Menurut pelakon Aaron, buat masa ini dia perlu menjaga pergerakan ketika sedang bekerja dan sekiranya dia tersalah langkah atau gerak, sakit sendi akan sakit kembali.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan seninya, pelakon "KL Gangster" itu memberitahu dia sebenarnya tidak kisah untuk menjayakan apa sahaja watak termasuklah watak kampung.

Ini dibuktikan apabila dia membawa watak berkenaan untuk drama terbaru lakonannya berjudul "Patah Sayap Bertongkat Paruh" arahan Along Kamaludin.

Pelakon berusia 43 tahun itu berkata dia menerima tawaran untuk bawa watak jejaka kampung kerana tidak mahu terlalu kerap dikaitkan dengan watak-watak yang memerlukannya berpakaian kemas sekaligus mahu mengelak watak stereotaip.

Dalam drama ini akan menyaksikan Aaron kembali bergandingan dengan Fasha Sandha sebagai peneraju.

(Sumber foto: Aaron Aziz Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
KL Gangster (Melayu) (9 Jun 2011)
KL Gangster 2 (Melayu) (3 Oktober 2013)
Ombak Rindu (Melayu) (1 Disember 2011)
Operasi X (Melayu) (1 November 2018)