Buletin
Nabila Huda bangga lakonan terbarunya dipuji penonton


Tarikh disiarkan: 8 Mei 2019


Nabila Huda tolak tawaran telefilem kerana mahu bantu suaminya
berniaga sepanjang bulan Ramadan ini.

8 Mei – Pelakon Nabila Huda bangga apabila drama terbarunya "Kamar Kamariah" dapat reaksi positif daripada penonton walaupun berdepan kekangan yang mencabar kreativiti.

Menurut Nabila, dia dan gandingannya iaitu Dato' Fizz Fairuz berkata mereka bersedia memberikan lakonan yang lebih berani tetapi terpaksa akur dengan garis panduan yang ditetapkan.

"Bimbang pula jika babak, terutama ketika saya dipukup dianggap terlalu ganas dan tidak sesuai untuk tayangan televisyen. Dalam hal itu, kami lebih menitikberatkan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.


"Saya akui, ramai penonton seronok kerana bagi mereka, drama itu tidak klise dan ia juga berakhir dengan pengakhiran yang tidak diduga. Semestinya, saya berbangga apabila penonton sentiasa menantikan episod demi episod drama itu," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Drama arahan Raja Ahmad Alauddin itu baru sahaja selesai tayangannya di TV3.

Selain Nabila dan Fizz Fairuz, ia turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Aidil Aziz, Tasha Shilla, Syafie Naswip dan ramai lagi.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya pelakon "Munafik" ini berkata pada bulan Ramadan ini dia telah menolak dua tawaran telefilem kerana mahu membantu suaminya berniaga di Warung Isabella di Rasta, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Dia sanggup menolak tawaran telefilem itu kerana ia bukanlah watak utama sebaliknya sekadar watak pembantu.

(Sumber foto: Nabila Huda Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Munafik (Melayu) (25 Februari 2016)
Tombiruo: Penunggu Rimba (Melayu) (12 Oktober 2017)
Rempit Sampai Langit (Melayu) (23 November 2017)





Ticket Pricing Guide