Buletin
Aditya Roy Kapur belajar 'kite-surfing' demi "Malang"


Tarikh disiarkan: 23 Mei 2019


Aditya Roy Kapur turut mengamalkan diet seimbang sehingga selesai jadual penggambaran.

23 Mei – Aktor Aditya Roy Kapur yang bakal membintangi filem "Malang" telah mempelajari sukan lasak 'kite-surfing'.

Memetik laporan dari TimesofIndia, Aditya perlu mahir sukan lasak itu bagi menjayakan sebuah babak penting dalam filem tersebut.

Penggambaran telah dijalankan di Mauritius pada minggu lalu dengan bantuan seorang jurulatih sukan itu dari Mumbai bagi memastikan ia berjalan dengan lancar.

'Kite-surfing' merupakan sebuah sukan lasak yang menggabungkan aspek sukan luncur air, luncur angin, 'paragliding' dan sukan layar.

Selain aksi lasak itu, Aditya turut mengekalkan rutin kecergasannya dengan jurulatih peribadi, Sudarshan D Amkar yang turut mengikutnya ke Mauritius bagi memastikan aktor itu bersedia untuk jadual lakonan babak aksinya.


Di samping itu, aktor filem "Kalank" tersebut juga mengamalkan diet yang seimbang sehingga dia selesai menjalani penggambaran bagi keseluruhan filem.

Menurut satu sumber, aktor itu akan dilihat melakukan banyak aksi lagak ngeri dalam filem itu dan pihak produksi telah menetapkan pelbagai aksi lasak dalam air semasa penggambaran di Goa.

"Aditya telah menjalani latihan selama sebulan sebelum terlibat dengan penggambaran babak terakhir filem.

"Pada masa ini, dia dan Disha Patani sedang menjalani penggambaran di Mumbai untuk babak aksi dalam air dimana mereka telah berlatih dengan pakar selama seminggu," jelas sumber itu.

Filem arahan arahan Mohit Suri itu turut dibintangi barisan pelakon seperti Anil Kapoor, Kunal Kemmu dan Akshay Oberoi.

Dalam perkembangan lain, Aditya akan membintangi filem "Sadak 2", sebuah sekuel kepada filem "Sadak" 1991 yang menampilkan Alia Bhatt along with Sanjay Dutt dan Pooja Bhatt.

(Sumber foto: Aditya Roy Kapur Instagram)

Penulis: Nisa Irina